"Citarasa Asli Terpelihara"

Tuesday, February 17, 2009

CENDOL ASLI PAK UJANG......


Perkataan asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand(Bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan siam maka ramai penduduk Negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.




Bercakap pasal cendol, memang mengiurkan, nak-nak pulak kalau musim panaskan.. Hulamak....terangkat kalau dapat hirup cendol Pak Ujang terasa dari anak tekak sampai ke dalam perut..Dipendekkan cerita, Kalau anda ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Jalan Seremban singgahlah sebentar di Warung "Cendol Pak Ujang" di Pekan Lukut, Port Dickson.


Tanya je orang kat sekitar Lukut pasti tahu dimana letaknya lokasi warung cendol asli ni. Yang istimewanya cendolnya dibuat secara tradisional dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dengan air pandan dimasak, dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi kalau anda nak rasa nikmatnya, bolehlah campur dengan pulut, cincau, jagung atau kacang. Warung ni diusahakan oleh Pak Ujang sendiri bersama isteri dan dibantu juga oleh anak-anak (masa cuti jer lah). Harganya pun tak lah mahal, murah jer.....Datang tau cuba rasa Cendol Pak Ujang, memang best!!!!!!!!!!!!



Selain dari cendol, lain-lain minuman panas dan sejuk pun ada dijual disini. Makanan seperti Nasi Lemak Daun Pisang, Pisang Goreng, Cucur Udang Special, mee, kueh teow dan meehon goreng pun ada jugak.


3 comments:

Followers